21 May 2009

Penat

Hari-hari yang mendatang agak memenatkan. Ini kerana keadaan diri yang sudah tak 'fit'. Dulu-dulu selamber jer naik Gunung Jerai kat Kedah sana nun. Tapi mutaakhir ini banyak"beban" yang terpaksa dipikul seperti perut yang sudah boroi, lutut yang sudah jem dan dada yang sudah sempit. Ini membawa kepada perubahan kesihatan yang sudah semakin tidak sihat. Terus menjadi tidak aktif baik bersukan atau bersosial. Pekerjaan harian juga menuntut kejerihan yang amat payah. Mesyuarat,diskusi,kertas kerja,perjumpaan,layanan telefon,pelanggan yang banyak karenah dan banyak lagi. Ini menuntut tahap kesihatan yang tinggi. Otak letih bekerja dan fizikal yang "letih" nak membawa badan dan saratan masalah yang terpaksa ditanggung. Keletah anak-anak kadang-kadang meringankan bebanan,tapi awas!! Kadang-kadang membawa bencana apabila keletah bertukar menjadi karenah. Kesabaran amat dituntut ketika itu. kadang-kadang ini menjejaskan mutu pekerjaan. Bos amat mengetahui tetapi tidak mendalami masalah. Yang menanggung hanya kita sahaja. Faktor meroko juga merupakan faktor terjadinya keletihan yang melampau ini. Tetapi kadang-kadang merokok dapat mehilangkan kelesuan. Terpulang kepada individu sendiri.


Good luck...

18 May 2009

Kecamuk

Kadang-kadang bila memikirkan hal-ehwal dunia sekarang nie, pening kepala. Macam-macam ragam manusia nie. Ada yang ok,ada yang tak ok. Tapi banyak yang mengarut. Hasil dari pemerhatian saya, kegilaan masyarakat terhadap sesuatu amat menggila. Contoh ialah fesyen. Fesyen pulah terbahagi kepada beberapa kategori seperti rambut,pakaian,motor,kereta,rumah dan banyak lagi. Fesyen pakaian ialah yang banyak berubah.Ianya direka mengikut peredaran zaman tetapi adakalanya tidak dapat diterima akal. Namun begitu masih terdapat peminat dan pengikutnya. Ini jelas daripada cara sesuatu "kelompok" penggemar fesyen ini bergaya. Mereka jelas selesa dan berkeyakinan penuh dalam menggayakan fesyen ini. Namun, bagi mereka yang sudah berusia mungkin akan menentang sesetengah trend fesyen yang ekstrem. Kadang-kadang kita terfikir,adakah kita sudah ketinggalan zaman atau zaman yang begitu cepat berubah sehingga kita ditinggalkan tanpa kita sedari..Good luck..

14 May 2009

Kenangan

Teringat zaman dulu-dulu sekolah punya time. Ada beberapa individu yang mempunyai peribadi yang baik. Solat tak pernah tinggal. Pendek kata semua perkara-perkara keagamaan tak pernah tak buat.Wara' sungguh! Ada jugak yang "bagus"; judi tadak,arak tadak,pompuan tadak, sampaikan solat pun tadak, puasa tadak,zakat tadak dan semua perkara keagamaan tadak. Bagus sungguh!! Tapi sekarang semua dah bertukar.Ada yang masih "tadak", ada yang dah "ada" dan macam-macam lagi. Manusia berubah seperti langit petang. Kadang-kadang mendung,kadang-kadang cerah. Macam-macam pesyen... Harap-harap kita jangan terlalu banyak berubah. Takut tak sempat nak kejar perubahan.. Good luck..

Peribadi

Peribadi kadang-kadang dikaitkan dengan hal-ehwal seseorang. Ianya kadang-kadang bersifat rahsia,umum dan terkecuali. Bagi mereka yang tergolong di dalam golongan "berperibadi" selalunya dikaitkan dengan yang baik-baik. So bagi mereka yang tidak berperibadi,maksudnya ialah yang tidak baik lah kot... Anggapan ini sememangnya salah dan tidak betul. Mana ada orang yang tidak mempunyai peribadi. Yang kaya siap ada "pengawal peribadi" lagi.. So mari kita kaji peribadi kita. Jangan asyik dok tengok hal-ehwal peribadi orang lain sahaja... Sendiri punya hal, mesti mau tengok dulu. Good luck...