21 May 2009

Penat

Hari-hari yang mendatang agak memenatkan. Ini kerana keadaan diri yang sudah tak 'fit'. Dulu-dulu selamber jer naik Gunung Jerai kat Kedah sana nun. Tapi mutaakhir ini banyak"beban" yang terpaksa dipikul seperti perut yang sudah boroi, lutut yang sudah jem dan dada yang sudah sempit. Ini membawa kepada perubahan kesihatan yang sudah semakin tidak sihat. Terus menjadi tidak aktif baik bersukan atau bersosial. Pekerjaan harian juga menuntut kejerihan yang amat payah. Mesyuarat,diskusi,kertas kerja,perjumpaan,layanan telefon,pelanggan yang banyak karenah dan banyak lagi. Ini menuntut tahap kesihatan yang tinggi. Otak letih bekerja dan fizikal yang "letih" nak membawa badan dan saratan masalah yang terpaksa ditanggung. Keletah anak-anak kadang-kadang meringankan bebanan,tapi awas!! Kadang-kadang membawa bencana apabila keletah bertukar menjadi karenah. Kesabaran amat dituntut ketika itu. kadang-kadang ini menjejaskan mutu pekerjaan. Bos amat mengetahui tetapi tidak mendalami masalah. Yang menanggung hanya kita sahaja. Faktor meroko juga merupakan faktor terjadinya keletihan yang melampau ini. Tetapi kadang-kadang merokok dapat mehilangkan kelesuan. Terpulang kepada individu sendiri.


Good luck...

No comments:

Post a Comment