11 June 2009

Dunia

Dunia sekarang sudah teramat tua. Kalau dikira dari dulu sampai sekarang tak tahu berapa umurnya. Kalau pokok pun boleh berusia berjuta tahun,apatah lagi dunia nie. Macam-macam ada atas dunia nie. Segala-galanya ada. Sebut jer apa yang terlintas di minda;ada. Itu menunjukkan bahawa minda manusia nie terhad saja. Takda yang takda,semua ada. Dengan segala macam benda di atas dunia,tidak mustahil bahawa dunia nie dah terlalu tua. Mungkin umurnya berbilion atau trilion atau beratus trilion tahun. Semuanya hanya ada di dalam ilmu Allah. Namun kita tak dapat nak agak berapa lama lagi dunia ini sanggup bertahan atau boleh bertahan. Mungkin lagi setahun,dua tahun atau seribu tahun. Bak kata lirik lagu Bumiputra Rockers "seribu tahun takan mungkin,bisa menghuraikan semua..". Namun semua orang pasti dapat mengagak yang usia dunia sekarang sudah tidak terlarat untuk menampung bebannya. Pelbagai kerosakan telah berlaku di atas dunia ini. Segala tanah runtuh,kejadian alam,banjir,hujan batu,tsunami dan lain-lain. Ini adalah fenomena biasa yang boleh kita lihat sekarang. Dahulu mana ada semua ini! Mungkin ada tetapi ianya adalah fenomena yang dianggap luar biasa. Tetapi dengan kejadian yang terlalu kerap berlaku maka hilang seri keluarbiasaannya. Maka dengan itu, manusia sering lalai dan lupa. Malah manusia berusaha mencari alasan untuk menjahanamkan lagi dunia ini. Contohnya,tanah runtuh. Maka dengan itu terbitlah resolusi bahawa pengharaman pembangunan di atas bukit. Adakah ini dapat menyelesaikan masalah. Atau hanya menambah masalah. Dunia yang ada pada hari ini hanya sekadar meneruskan kerjanya;menampung semua benda. Kalaulah bumi ini dianggap seperti digantung dengan tali,maka dah lama terputus tali tersebut. Hanyut dunia ini dalam keduniaannya. Manusia masih terus hanyut. Langsung lupa akan natijah daripada apa yang berlaku di dalam dunia ini. Semoga kita terus hanyut dan lupa akan petanda-petanda tersebut. Good luck..

10 June 2009

Haru Biru

Apabila manusia dah semakin advance maka manusia mula memikirkan banyak perkara yang tidak masuk akal. Contohnya ialah ingin membina rumah di atas awan. Secara logiknya, tak tersampai dek akal bagaimana perkara ini boleh dilaksanakan. Tetapi kerana kreatifnya manusia ini maka hasrat tersebut kadang-kadang boleh dibuat seperti ingin terbang seperti burung;maka tercipta kapal terbang. Ini merupakan satu revolusi minda yang pada masa dahulu dianggap mustahil tetapi sekarang manusia dapat mencipta kapal terbang yang lebih laju dari burung. Revolusi ini juga selalunya dipengaruhi oleh keazaman yang kuat. Pepatah Melayu yang mengatakan bahawa "rezeki secupak takan jadi segantang" sudah tidak relevan lagi. Ini kerana banyak contoh-contoh yang boleh menyangkal pepatah tersebut. Tetapi kadang-kadang revolusi minda yang tidak sihat dapat memporak perandakan kehidupan. Ini terbukti apabila terdapat revolusi minda ingin mencipta satu alam yang baru dengan menghancurkan bumi ini seperti yang terdapat di dalam teori Big Bang. Memang jelas di dalam Al Quran ada menyatakan perkara di atas. Tetapi ini bukan teori!! Ini adalah kebenaran yang terdapat di dalam Al Quran. Malah tidak perlu revolusi lagi untuk membenarkan kebenaran ini. Ianya perlu diyakini dan diimani. Malah jika menolak takut tergelincir dari landasan tauhid. Kita hanya meyakini tetapi tidak mengkaji. Inilah kelemahan kita. Apabila kita terlalu meyakini kelogikan akal maka kita terlalu mengharapkan semua kebenaran harus diterima akal terlebih dahulu. Lantas kita menolak semua kebenaran yang berpaksikan kekuasaan Allah. Lantas manusia terus berevolusi hanya untuk memuaskan logik akal semata-mata sehingga menolak hukum ketuhanan yang dapat mengatasi semuanya. Terdapat golongan yang masih tidak mempercayai kewujudan tuhan. Mereka berpaksikan kepada hukum alam semata-mata. Terjadinya manusia atas kejadian yang biasa yang terjadi dengan sendirinya. Mereka menolak konsep ketuhanan malah menganggap manusia tidak dijadikan tetapi terjadi dengan sendiri. Tetapi mereka tidak pernah menyangkal bahawa kereta diciptakan oleh manusia dan tidak pernah terjadi dengan sendirinya. Good luck!!