10 June 2009

Haru Biru

Apabila manusia dah semakin advance maka manusia mula memikirkan banyak perkara yang tidak masuk akal. Contohnya ialah ingin membina rumah di atas awan. Secara logiknya, tak tersampai dek akal bagaimana perkara ini boleh dilaksanakan. Tetapi kerana kreatifnya manusia ini maka hasrat tersebut kadang-kadang boleh dibuat seperti ingin terbang seperti burung;maka tercipta kapal terbang. Ini merupakan satu revolusi minda yang pada masa dahulu dianggap mustahil tetapi sekarang manusia dapat mencipta kapal terbang yang lebih laju dari burung. Revolusi ini juga selalunya dipengaruhi oleh keazaman yang kuat. Pepatah Melayu yang mengatakan bahawa "rezeki secupak takan jadi segantang" sudah tidak relevan lagi. Ini kerana banyak contoh-contoh yang boleh menyangkal pepatah tersebut. Tetapi kadang-kadang revolusi minda yang tidak sihat dapat memporak perandakan kehidupan. Ini terbukti apabila terdapat revolusi minda ingin mencipta satu alam yang baru dengan menghancurkan bumi ini seperti yang terdapat di dalam teori Big Bang. Memang jelas di dalam Al Quran ada menyatakan perkara di atas. Tetapi ini bukan teori!! Ini adalah kebenaran yang terdapat di dalam Al Quran. Malah tidak perlu revolusi lagi untuk membenarkan kebenaran ini. Ianya perlu diyakini dan diimani. Malah jika menolak takut tergelincir dari landasan tauhid. Kita hanya meyakini tetapi tidak mengkaji. Inilah kelemahan kita. Apabila kita terlalu meyakini kelogikan akal maka kita terlalu mengharapkan semua kebenaran harus diterima akal terlebih dahulu. Lantas kita menolak semua kebenaran yang berpaksikan kekuasaan Allah. Lantas manusia terus berevolusi hanya untuk memuaskan logik akal semata-mata sehingga menolak hukum ketuhanan yang dapat mengatasi semuanya. Terdapat golongan yang masih tidak mempercayai kewujudan tuhan. Mereka berpaksikan kepada hukum alam semata-mata. Terjadinya manusia atas kejadian yang biasa yang terjadi dengan sendirinya. Mereka menolak konsep ketuhanan malah menganggap manusia tidak dijadikan tetapi terjadi dengan sendiri. Tetapi mereka tidak pernah menyangkal bahawa kereta diciptakan oleh manusia dan tidak pernah terjadi dengan sendirinya. Good luck!!





No comments:

Post a Comment